Memaparkan catatan dengan label Ayat Al-Qur'an. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayat Al-Qur'an. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 06, 2009

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan

رَبـَّــنـَــا
.........................۝

Maksudnya

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.





Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)

Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى..............الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝


Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.




Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى....................۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).



Rujukan:
http://transliteration.org/quran/Transliteration/FramSearch.htm


http://praytime.info/quran.php?sid=25&vid=0


http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/046.html

Selasa, Januari 27, 2009

Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari


Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku suatu gerhana matahari. Para sahabat r.anhum telah terfikir bahawa mereka perlu meneliti apakah yang akan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedemikian? Para sahabat r.anhum yang sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing telah meninggalkan pekerjaan mereka lalu berlari-lari datang ke masjid. Budak-budak yang sedang berlatih memanah pun meninggalkan urusan mereka lalu pergi untuk melihat amalan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Baginda s.a.w. mendirikan solah sunat gerhana dua rakaat yang begitu panjang sehingga ramai yang jatuh pengsan. Baginda s.a.w telah menangis dalam solah itu sambil berdoa,

"Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar."
(Allah S.W.T menjanjikan perkara ini dalam surah al-Anfal)

yang bermaksud, "Dan Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau (wahai Muhammad s.a.w) berada di kalangan mereka dan Allah S.W.T. tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)." (al-Anfal 8: Ayat 33)

Kemudian Rasulullah s.a.w menasihati orang ramai, "Apabila berlaku peristiwa seumpama ini dan berlaku gerhana bulan atau matahari maka segeralah bersolah. Sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis. Apabila berlaku peristiwa seumpama ini maka hendaklah kamu bersolah, berdoa dan bersedekah."

Sumber:
Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2004. KISAH PARA SAHABAT. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 26-27

Isnin, Januari 26, 2009

Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat

SOLAT KHUSUF dan KUSUF

Solat sunat muakkad berjamaah *1 kedua yang utama ialah solat gerhana, sama ada gerhana bulan (al-khusuf)


atau gerhana matahari (al-kusuf).

Solat ini disyariatkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijrah bersamaan Jun 631 Masehi. Pada hari itu berlaku gerhana matahari. Mengikut kepercayaan karut orang Jahiliah, apabila berlaku gerhana maka sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi.

Ditakdirkan Allah, pada hari tersebut anak lelaki Nabi s.a.w bernama Ibrahim, wafat. Melihat hal itu ramailah orang Islam percaya bahawa gerhana itu ada kaitan dengan kematian Ibrahim, anak Nabi s.a.w. Ada yang mengatakan gerhana itu adalah mukjizat Ibrahim. Nabi mendengar kata-kata orang itu. Setelah selesai mengkebumikan anaknya maka Nabi s.a.w. pun pergi ke masjid dengan tergesa-gesa, lalu diajaknya orang Madinah sembahyang gerhana matahari. *2

HIKMAH

Ramai orang bertanya, mengapa kita sembahyang gerhana, sedangkan gerhana adalah kejadian alam? Memang, dalam Is­lam gerhana adalah kejadian sunnah Allah, seperti disebut oleh Nabi: "Bahawa matahari dan bulan adalah salah satu dari ayai Allah, bila berlaku gerhana maka bukanlah disebabkan seseorang mati atau hidup. Apabila berlaku maka bertakbirlah, dan bersedekah dan dirikan solat". (Bukhari, Muslim, Nasa'i. *3)

Tujuannya jelas, untuk menolak perkara atau kepercayaan khurafat tentang kejadian gerhana. Seperti dikatakan, orang Arab percaya gerhana berlaku disebabkan kematian raja, wali atau sebagainya. Di kalangan masyarakat tradisional, baik di Eropah, Afrika atau Asia, kepercayaan karut tentang kejadian gerhana memang ada. Bahkan dalam masyarakat tradisional Melayu pun ada. Ada masyarakat yang sujud kepada matahari atau bulan ketika gerhana. Mengaitkan kejadian di bumi dengan gerhana amat ditentang oleh Islam *4 dan sains.

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. (Surah Fussilat 41: Ayat 37)

Solat yang didirikan pada masa gerhana bukanlah untuk menyelamatkan bulan atau matahari, bukan juga untuk mengelakkan bala yang akan datang. Sebaliknya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, disamping menanamkan pemikiran saintifik dalam budaya orang Islam. Orang Islam dikehendaki mengetahui dan sentiasa menyedari peranan matahari dan bulan dalam kehidupan manusia dan hidupan lain di bumi.

Maka itu, mengikut Quran, orang Islam lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga bumi dan ekologinya, supaya tidak rosak dan tercemar. *5

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (Surah al-Baqarah 2: Ayat 11)



Maksudnya: Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Surah al-Baqarah 2: Ayat 12)

Dengan mendirikan solat gerhana dan mendengar khutbahnya, diharapkan manusia sedar akan tanggungjawabnya menjaga bumi di hadapan Allah, dan berasa kerdil dan lemah terhadap keagungan Allah. Solat ini lebih utama dilakukan secara berjamaah, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Apabila berlaku gerhana, maka umat Islam lelaki atau wanita yang berada di tempat berlakunya gerhana itu, berhimpun di masjid atau surau, mendirikan solat gerhana secara berjamaah. Jika tidak dapat berjamaah, solat boleh didirikan bersendirian. Jika gerhana sudah selesai, tidak perlu sembahyang gerhana.

CARA SOLAT

Mengikut riwayat Bukhari dan Muslim, *6 dan diputuskan oleh mazhab Shafiei *7. bahawa solat itu dua rakaat, setiap rakaat mempunyai dua qiam, dua bacaan Fatihah, dua rukuk, dan dua sujud. Jadi kesemuanya mempunyai empat qiam, empat bacaan Fatihah, empat rukuk, dan empat sujud.

*** perbezaan dengan solat-solat lain - (setiap rakaat ; dua kali qiam, dua bacaan Fatihah dan dua kali ruku')

Lafaz niat (gerhana bulan):

أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ خـُــسـُــوفِ الـقـَـمـَــرِ

رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَـى




atau


أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ الـْـخـُــسـُــوفِ

رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَـى


Niat di hati: "Sengaja saya solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta 'ala. "


Lafaz niat (gerhana matahari):

أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ كـُــسـُــوفِ الـشـَّــمـْسِ

رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَــى




atau


أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ الـْـكـُــسـُــوفِِ

رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَــى


Niat di hati: "Sengaja saya solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta 'ala. "

Seterusnya:

1. Takbiratul Ihram
2. Baca doa Iftitah
3. Baca Fatihah
4. Baca surah atau ayat Quran
5. Rukuk - baca tasbih sebanyak-banyaknya
6. Iktidal
7. Baca Fatihah
8. Baca surah atau ayat Quran
9. Rukuk
10. Iktidal
11. Sujud - baca tasbih sebanyak-banyaknya
12. Duduk
13. Sujud kedua - baca tasbih sebanyak-banyaknya
14. Ulangi yang sama untuk rakaat yang kedua. Dan pada rakaat kedua, selepas tahiyat, tasyahhud dan salawat, diakhiri dengan salam.



Dalam solat ini, bagi orang biasa bacalah surah yang senang dan lancar.

Sebaliknya, jika anda hafal surah-surah berikut, silalah baca:


Surah as-Syams pada qiam (berdiri pertama rakaat 1)
Surah al-Lail pada qiam (berdiri kedua rakaat 1)
Surah Qul Hu (al-Ikhlas) pada qiam (berdiri ketiga rakaat 2)
Surah Qul A'uzu birabbil falaq (al-Falaq) pada qiam (berdiri keempat rakaat 2)

Sekiranya berjamaah:
Sunat diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkannya dengan kepercayaan kepada Allah. Menyarankan supaya umat Islam berpegang pada fakta ilmu pengetahuan yang betul, dan tidak percaya kepada khurafat dan kepercayaan karut. Memberikan penerangan kepada makmum supaya taat kepada Allah dan jangan membuat kerosakan di muka bumi.

Nota:
*1 Imam Nawawi mengatakan secara ijmak. Lihat al-Majmu', Juz 5, hlm 49 dan 50.
*2 Hayat Muhammad, hlm 569, dan Muhammad SAW, hlm 345; juga Fathul Bari, Juz 3, hlm 244.
*3 Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 23; al-Jami' al-Sahih, Juz 3, hlm 27; al-Nasa'i, Juz 3, hlm 124.
*4 Al-Quran, surah Fussilat, ayat 37: "Jangan sujud kerana matahari atau bulan, tetapi sujud kerana Allah."
*5 Quran, Surah al-Baqarah (2), ayat 11 dan 12.
*6 Sahih al-Bukhari, Juz 2, hlm. 25; al-Jami' al-Sahih, Juz 3, hlm 28; Sunan al-Nasai, Juz 3, hlm 128.
*7 M-Majmu', Juz 5, hlm 52.

Solat yang diutamakan berjamaah ada lima, iaitu:

1. solat sunat hari raya Aidil Fitri
2. solat sunat hari raya Aidil Adha
3. solat sunat gerhana bulan
4. solat sunat gerhana matahari
5. solat sunat minta hujan

Rujukan:
Haji Jajuli Abd Rahman (Imam Masjid Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). SOLAT SOLAT SUNAT Hikmah dan Cara. 2005. Selangor: Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd. m.s 26-30

Sabtu, Januari 17, 2009

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR'AN (SIRI 1)


Sila klik tajuk di atas untuk melihat 'siri 2'
Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Di kesempatan ini, ingin kami mengemukakan cara termudah untuk menghafaz Al-Qur'an. Keistimewaan teori ini adalah hafalan yang mantap akan diperolehi, selain daripada singkatnya waktu yang bakal ditempuh untuk mengkhatamkan seluruh Al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan insya Allah amat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin menghafaznya. Berikut, kami bawakan contoh dalam mempraktikkannya:

Misalnya, jika anda ingin menghafaz surat An-Nisa, maka anda bolehlah mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

5- Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir
menggabungkannya
sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

9- Bacalah ayat kelapan 20 kali:
10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.


11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikianlah seterusnya hingga selesai seluruh Al-Quran.


Perlu diingat
, jangan sampai menghafaz dalam sehari lebih dari satu perlapan juzu' agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.



semoga kita dapat praktikkan... Me Too


Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia - Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR'AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

Sabtu, November 15, 2008

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat

TAUBAT

Taubat itu hukumnya WAJIB DARI SETIAP DOSA. Maka jika maksiat (dosa) itu hanya antara seseorang dengan Allah, tiada berhubungan dengan hak manusia, ada tiga syarat taubat:

1. Harus menghentikan maksiat.
2. Harus menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukannya.
3. Niat bersungguh-sungguh tidak mengulangi perbuatan itu kembali.

Sekiranya dosa itu ada hubungan dengan hak manusia maka taubatnya ditambah syarat keempat iaitu:

4. Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak dengan:
i. minta maaf atau
ii. halalnya atau
iii. mengembalikan apa yang harus dikembalikannya.

Firman Allah:

وَتـُوبـُوٓاْ إ ِلـَى ٱلـلـَّهِ جَمِيعًا أ َيُّـهَ ٱلـْمُؤمِنـُونَ
لـَعـَلـَّكُمْ تـُفـْـلِحُـونَ - ٣١

Bertaubatlah kamu kepada Allah hai orang-orang yang beriman,supaya kamu untung (bahagia).

(An-Nur - surah ke-24: ayat ke-31)

Firman Allah:

وَأ َن ِ ٱسْــتــَغــْـفِـرُواْ رَبـَّــكُمْ ثـُــمَّ تـُــوبـُــوٓاْ إ ِلـَــيْـهِ

Mintalah ampun kepada Tuhanmu dengan membaca istighfar, dan kembali bertaubatlah kepadaNya.

(Hud - surah ke-11: ayat ke-3)

Firman Allah:

يـَـٰٓــأ َيـُّــہَا ٱلـَّــذِيـنَ ءَامَنـُــواْ تـُــوبـُــوٓاْ إ ِلـَــى
ٱللـَّــهِ تـَــوْ بـَــة ً نـَّــصُوحًا

Hai sekalian orang yang beriman, taubatlah kamu kepadaAllah dengan sungguh-sungguh.
(At-Tahrim surah ke-66: ayat ke-8)


Rujukan:1. Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA'ARIF m.s 23-24
2. http://www.quranexplorer.com/quran/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print

ArabMykrk.com