Sabtu, Ogos 01, 2009
Selasa, April 28, 2009
Mengenal pasti antara mimpi palsu dan mimpi benar

Terdapat tujuh jenis mimpi palsu, iaitu:
1. Mimpi yang mengelirukan, iaitu mimpi yang disebabkan oleh tekanan, harapan yang besar atau fikiran sendiri.
2. Mimpi seksual yang mewajibkan seseorang mandi wajib (ghusul) jika berakhir dengan terkeluarnya air mani. Mimpi sebegini tidak mempunyai takwil atau ta 'bir.
3. Mimpi yang berupa peringatan oleh syaitan atau mimpi yang menakutkan.
4. Mimpi yang didorong oleh sihir jin, atau ilusi mereka sendiri. Mimpi sebegini adalah sia-sia.
5. Mimpi yang dipelihatkan oleh syaitan, dan mimpi sebegini tidak dikira sebagai mimpi.
6. Mimpi akibat dorongan fikiran dan kehendak diri sendiri ketika dalam keadaan bingung atau menghadapi tekanan jiwa.
7. Mimpi yang disebabkan oleh kesakitan atau penderitaan penyakit fizikal.
Mimpi yang benar merupakan khabar gembira daripada Allah S.W.T. Dalam mimpi sebegini, seseorang melihat dirinya dalam keadaan aman dan tenteram, atau memakai pakaian yang indah atau memakan makanan yang baik serta membangkitkan selera.
Syeikh Abdul Ghani Nabulsi membahagikan mimpi yang benar kepada lima kategori, iaitu:
1. Pandangan yang telus dan jemih oleh seorang yang salih tentang sesuatu yang benar-benar terjadi sebagaimana yang dilihat dalam mimpi. Inilah mimpi yang dikenali sebagai salah satu daripada empat puluh enam sifat kenabian, termasuk mimpi Rasulullah s.a.w. memasuki Kota Makkah dan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya. Seorang pentakwil mimpi pernah berkata, "Beruntunglah orang yang melihat mimpi yang benar, kerana mimpi itu datang secara langsung daripada Allah S. W.T., tanpa perantara."
3. Mimpi yang diperlihatkan kepada kita oleh malaikat, iaitu Siddiqun. Malaikat yang diredhai ini mungkin datang dalam mimpi seseorang dan dengan izin Allah menyingkapkan sebahagian daripada apa yang diajarkan oleh Allah S.W.T. kepadanya daripada apa-apa yang tertulis di al-Lawh al-Mahfuz. Allah S.W.T. juga mengajarnya untuk memberikan perumpamaan dan cara penyampaian yang dapat difahami oleh manusia.
Mimpi kanak-kanak juga mempunyai kebenaran, kerana Nabi Yusuf a.s. ketika berusia tujuh tahun telah melihat dirinya dan saudara-saudaranya dalam mimpi. Mimpi seorang wanita ketika haid juga mempunyai kebenaran kerana sebahagian agama melihat wanita tidak perlu melakukan mandi waj ib jika hendak kembali menunaikan ibadah.
Nabi Daniel a.s. menjelaskan bahawa malaikat mimpi Siddiqun ialah malaikat yang paling besar. Jarak antara bahu dengan telinganya sama dengan tujuh ratus tahun perjalanan berjalan kaki. Perumpamaan malaikat ini ialah seperti matahari. Jika terbit, maka terang-benderanglah segala sesuatu. Dengan izin Allah S.W.T. dia mengajar kaum muslimin, membimbing mereka dan menjelaskan kepada mereka ketentuan-ketentuan tersembunyi bagi mereka, sama ada baik atau buruk, di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Ketika dia membawa sesuatu peringatan, atau menyampaikan potongan berita dalam sesebuah mimpi, ia bertujuan untuk membantu seseorang menghadapi kesukarannya dengan kesenangan, ketetapan hati serta tanpa tekanan ketika perkara itu terjadi.
Mimpi yang benar seperti ini biasanya terjadi dalam beberapa hari selepas kesukaran tersebut dihadapi. Mimpi ini datang sebelum fajar atau selama hari siang. Ja'afar al-Sadiq pernah berkata, "Mimpi yang benar ialah mimpi yang terlihat selama tidur siang."
Kadang-kala, seseorang berhasil melakukan sesuatu dalam mimpinya, tetapi hakikatnya ia bermaksud keberhasilan orang lain, umpamanya isterinya, anaknya, rakan pemiagaannya, atau orang lain yang mempunyai nama yang sama dengannya. Perkara sebegini terjadi kepada Abu Jahal ketika dia bermimpi melihat dirinya menerima Islam dan mengucapkan sumpah di hadapan Rasulullah s.a.w. Abu Jahal mati sebagai seorang kafir dan anaknyalah yang melaksanakan apa yang terlihat dalam mimpi bapanya.
Umm al-Fadl pernah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Ya Rasulullah! Aku melihat mimpi yang buruk."Baginda menjawab, "Semoga mimpi itu diberkati." Wanita itu menyambung, "Aku melihat sepotong dagingmu diletakkan di pangkuanku." Rasulullah s.a.w. tersenyum dan menjawab, "Puteriku, Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan memangkunya." Kemudian, Fatimah r.a. melahirkan seorang anak lelaki, dan Umm al-Fadl meletakkan bayi itu di pangkuannya.
Menurut Imam Jami, Zulaikha ialah seorang permaisuri yang cantik dan puteri seorang raja dari sebuah negeri di barat laut Afrika. Ketika masih muda, Zulaikha bermimpi tentang seorang pemuda tampan yang memiliki keindahan, kebaikan, kesucian, dan kejujuran yang menawan, dan beliau jatuh cinta terhadap lelaki itu. Zulaikha memendamkan cintanya itu secara diam-diam. Mimpi itu terjadi tiga kali, dan pada kali ketiga, befiau memberanikan dirinya untuk bertanya pada lelaki itu nama dan asal-usulnya. Dalam mimpi itu, lelaki tersebut tidak memberitahu namanya tetapi mengatakan bahawa dia ialah menteri kerajaan Mesir. Demikianlah, lelaki dalam mimpi tersebut menarik seluruh perhatian Zulaikha.
Akhirnya, bapa Zulaikha mengetahui alasannya menolak pinangan raja dan putera dari seturuh pelosok dunia kerana mempersiapkan diri hendak berkahwin dengan menteri kerajaan Mesir. Ketika rombongan Zulaikha sarnpai di Mesir, beliau mengintip melalui tirai dan melihat bahawa lelaki yang menjadi wazir Mesir bukanlah lelaki yang dilihat dalam mimpinya. Kemudian, dalani mimpi yang lain, Zulaikha diberitahu bahawa menteri Mesir yang dicintainya itu bukanlah menteri yang ada sekarang ini, tetapi orang inilah yang akan melindunginya sehingga dia bertemu dengan lelaki dalam mimpi yang dicintainya itu. Zulaikha menanti dengan penuh rindu dan yakin.
Suatu hari, seorang pedagang asing telah menemui Nabi Yusuf a.s. dalam sebuah perigi lalu membawanya untuk dijual di Mesir. Setiap orang yang merasa mampu ingin membeli Nabi Yusuf a.s., tetapi takdir menentukan baginda jatuh ke tangan Zulaikha, yang telah mendapat pengetahuan tentang erti Sebenar daripada pemberian Ilahi. Setelah suaminya meninggal dunia dan beliau kehilangan kecantikan, kemudaan, kesihatan dan kemuliaannya, barulah Nabi Yusuf a.s. dilantik menjadi menteri kerajaan Mesir. Baginda dapat membezakan yang sejati daripada yang sementara dan yang palsu. Berkat doa baginda, Allah S. W.T. mengembalikan kesihatan, kemudaan dan kecantikan kepada Zulaikha dan mereka berkahwin dalam kesucian, , dan peribadatan yang murni kepada Allah S.W.T.
Rujukan: Muhammad Ibnu Sirin (Terjemahan: Abdul Hamid & Azman Ayob). 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 9-13.
http://www.crescentbook.com/crescentbook/index.html
Isnin, April 20, 2009
POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “. Baca lanjut di http://amin1982.wordpress.com/.
atau di sini : http://www.arabmykrk.com/galeri/pokok-gharqad-african-boxthorn.html
Jumaat, April 17, 2009
Waktu Senja: Apa Yang Patut Kita Buat?

Nak tahu apa setan tu kata?. Klik gambar
Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Ibn Majah mentakhrij hadis dari Jabir r.a., bahawasanya Rasulullah sa.w. berkata (maksudnya)
"Apabila telah datang senja hari, (menjelang malam),maka jagalah anak-anakmu, sebab saat itu syaitan sedang berkeliaran. Dan ketika malam sudah berjalan beberapa waktu, maka asingkan mereka (di dalam rumah) dan tutuplah pintu-pintu runahmu, lalu sebutlah nama Allah. Sebab, syaitan tidak pernah membuka pintu yang tertutup. Tutupilah semua bejanamu, dan sebutlah nama Allah S. W.T, dan kalau kamu hendak mengeluarkan sesuatu darinya, maka padamkanlah lampumu."
Redaksi yang terdapat dalam Shahih Al-Bukhari berbunyi sebagai berikut: Dari Jabir ra., dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau bersabda (maksudnya),
Ketika menjelaskan hadis ini, Ibn Hajar Al-'Asqalani mengatakan, "Ibn Al-Jawziy mengatakan bahawa kekhuatiran terhadap anak-anak saat itu kerana najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri mereka, dan zikir yang mencegah gangguan syaitan tidak dimiliki oleh anak-anak itu.
Ketika syaitan-syaitan berkeliaran biasanya bergantungan pada apa saja yang boleh mereka jadikan gantungan. (tepat sekali! Masa sakit sakit dulu saya amat kesakitan apabila berada berhampiran dengan apa jua objek yang 'bergantung'). Kerana itu dikhuatirkan terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu. Hikmah yang ada pada berkeliarannya syaitan-syaitan itu adalah kerana gerakan mereka pada malam hari lebih hebat dari di siang hari. Sebab, kegelapan dapat menghimpun kekuatan mereka. Demikian pula halnya dengan segala yang berwarna hitam. Itulah sebabnya, maka dalam hadis Abi Dzar disebutkan bahawa, "Anjing hitam itu adalah syaitan." Hadis ini di-takhrij oleh Muslim. (Lihat Fat-h Al-Bari fi Syarh Shahih Al-Bukhari, jilid VI, hlm. 393.)
Adapun petunjuk Nabi s.a.w., untuk memadamkan lampu-lampu, maka yang dimaksudkan adalah lampu-lampu minyak tanah, agar tidak tumpah dan membakar rumah saat penghuninya sedang tidur. Misalnya, syaitan membuat terkejut binatang tertentu, sehingga melanggar lampu tersebut, dan tumpah, lalu menimbulkan kebakaran. Dalam hadis dengan sanad sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata,(maksudnya) "Apabila kalian tidur, maka padamkanlah lampu-lampu kalian. Sebab, syaitan-syaitan berkeliaran seperti tikus-tikus dan melanggar (lampu-lampu kalian) sehingga kalian terbakar"
Iaitu ketika malam tiba, kalau sekiranya kegelapan itu diangkat dari kalian, nescaya kalian akan dapat melihat apa yang ada di sekitar kalian. Ada pula di antara mereka yang pandai mengganggu anak-anak kecil, misalnya dengan membuat mereka bertengkar satu sama lain, atau membuat barang permainan salah seorang di antara mereka menarik keinginan kawannya untuk memiliki, sehingga mereka berebutan dan berkelahi, bahkan sampai ada yang mati. Sering pula pertengkaran yang dikobarkan syaitan di kalangan anak anak itu memancing keterlibatan orang tua dan keluarga masing-masing. Dalam keadaan seperti itu, syaitan semakin meningkatkan jumlah mangsanya, sehingga pertengkaran tersebut semakin menjadi-jadi, dan akhirnya menimbulkan kejahatan."
Sekali waktu betul-betul terjadi syaitan menampakkan diri dalam bentuk bola yang dimiliki seorang kanak-kanak yang duduk di atas basikalnya yang mulai bergerak. Tiba-tiba anak itu diingatkan terhadap bola itu, dan dia berusaha untuk menangkapnya, tetapi gagal kerana bola itu seakan-akan ada yang melemparkannya dengan kuat. Anak itu berusaha mengejar dengan sekuat tenaga, sampai akhirnya dia terjatuh dan patah lengannya. Bola tersebut jelas adalah syaitan.
+ "Sampai begitu rupa perbuatan syaitan-syaitan itu? Lantas di mana otak orang-orang itu?" tanya saya sengit.
- "Tentu saja orang yang berakal dan bijak akan selamat dari gangguan seperti ini. Akan tetapi ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, maka kesedarannya menjadi hilang. Syaitan hafal betul akan hal itu. Kerana itu, mereka segera mengumpulkan pasukan untuk menjatuhkan orang yang seperti itu."
Sumber:
Muhammad 'Isa Dawud (Wartawan Mesir). 1996. PENGALAMAN RUHANIYAH MUHAMMAD ISA DAWUD - DIALOG DENGAN JIN ISLAM. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Selasa, Mac 24, 2009
Kewajiban Ibu Terhadap Anak-anaknya

Artikel ini ditulis pada tahun 1953 = 1372H. Aku pun belum lahir lagi masa itu tetapi kandungannya masih releven hinggalah ke hari ini. Ia ditulis oleh As'ad Lutfi Hasan dalam bukunya yang bertajuk PERKAHWINAN DALAM ISLAM. Mari bersama kita telusuri.
Anak yang tadinya dilahirkan oleh ibu, yang baru masuk namanya ke dalam daftar masyarakat hidup, yang baru mencuba sama menyedut udara nyaman, maka untuknya adalah perkara yang patut diingat, tidak seizinnya diserahkan saja pusingan takdir, terlucut dari sesuatu yang berguna untuknya, kemudian disesali dan ditangisi setelah hidupnya menemui kecewa,kerana anak itu adalah amanah yang dipertaruhkan Allah, sebuah permata yang dianugerahi Tuhan untuk ibunya. Jika dipersia-siakannya nescaya malaplah ia tidak bermaya, jika digosok dan digilapnya tinggilah mutunya tambah berharga. Kanak-kanak yang tidak tahu bentuk nasibnya di dalam takdir, yang tidak mengenal kehendak Allah apakan jadi pada dirinya, tetapi dia adalah seorang anggota masyarakat, sebuah manik di lingkaran kalung yang mesti mengambil kedudukan tetap di tempatnya sendiri dan dengan kedudukannya itulah dia bergolak di lapangan pergaulan yang bak samudera merentang luas, tak nampak tanah daratan, dalamnya sukar hendak diduga, dilambung gelombang sedang berkecamuk, dihenyak aluan gulung menggulung. Janganlah dibiarkan terumbang-ambing sendirinya, membenam masuk ke mulut gewang. Jagalah dia sehingga besar, hidup kuat memberi guna, naik mutu tinggi nilainya. Itu hanya akan didapati kalau ibu tahu harga anaknya, di mana letak kedudukannya, pandai menyukat anggaran hidupnya, dan mahu berusaha menjadikan dia seorang yang berjiwa besar, dari kecil ditatihnya hingga sampai muda belia, disediakannya untuk kebajikan, dijauhinya dari kejahatan, dibekalinya sebab-sebab beroleh nikmat bahagia, sihat afiat segar sentosa beserta ilmu kepintaran. Dilatihnya bermutu berhemah tinggi, tahan dan kuat gagah berani. Dibawanya maju ke hadapan, diajarnya berfikir tegas dan lunak budi bicara, dibiasakannya berotak sihat dan manis tutur bahasa, beradab sopan, rancak bergaul, tangkas bekerja.
Untuk melaksanakan kewajipan itu, kau sewajarnya berpandukan kitab yang nyata turun dari Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. Maka jadikanlah anakmu daripada mereka yang hafaz Al-Qur’an, lelaki yang bertakwa dan beriman. Ajarilah dia perjalanan hidup Ar-Rasul Al-Amin An-Nabi Al-Karim s.a.w. Di dalamnya banyak teladan yang elok dan contoh yang baik-baik untuk diturutinya. Itulah petunjuk yang akan membawanya ke jalan yang lurus, ke arah membentuk keadaan yang kuat dan teguh. Dan ajarkanlah kepadanya sejarah nabi yang terpilih itu serta apa yang dideritainya di jalan menyeru manusia dalam berbagai-bagai pusingan dan peredaran, juga apa yang telah ditemui baginda daripada musuh-musuh kaum penyengutu Allah yang tidak mempercayai baginda. Ajarilah anakmu ilmu sejarah. Sejarah adalah cermin daripada segenap kejadian, mengandungi rahsia-rahsia peralihan zaman dan saksi yang adil dari apa yang berlaku pada manusia setiap masa, istimewa sejarah penghulu dari sekalian nabi dan penutup utusan Allah di mana segala yang bertabur ada terkumpul di dalamnya, melengkapi segala kejadian dan penuh berisi barbagai-bagai teladan. Bukan sedikit kekerasan, kesakitan dan penderitaan yang pahit-pahit yang telah ditemui oleh Rasulullah s.a.w. dalam usahanya untuk mempropaganda terhadap Allah. Betapa banyak kesukaran dan kemelaratan yang telah ditimpakan kepadanya oleh musuh-musuhnya kaum kafir, dan bagaimana pula tetapnya pendirian baginda dengan jiwanya yang besar, hati yang tabah beserta perangai tinggi mulia membasmi segala penentangan itu.
Ajarilah anakmu bahawa hidup adalah perjuangan. Bagaimanapun tingginya cita-cita dan panjangnya umur manusia namun pasti akan pulang ke asalnya, ke tempat ciptaannya dari bumi, kerana manusia dijadikan dari tanah (maksud ayat Al-Qur’an: Daripadanya (tanah) kamu Kami jadikan, ke dalamnya kamu akan Kami kembalikan, dan daripadanya juga kamu akan Kami kembalikan sekali lagi.) Dan bahawa dunia ini rumah persinggahan, akhirat juga rumah yang kekal. Maka hendaklah dia mengatur perbekalan dari tempat singgahnya itu ke tempat yang tetap, supaya disediakannya untuk dirinya amalan bakti dari dunia menuju akhirat, dan agar dicontohinya amalan Rasulullah s.a.w., diikutinya jejak diturutinya jalan baginda, mengerjakan suruh, menjauhi larangannya.
Ahaks, penat baca?......
Khamis, Februari 19, 2009
Dakwah dan Politik
Dari sudut politik apakah yang boleh Dr nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?
Saya ingin nasihati diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan 'Ali al-Nadwi dalam risalahnya 'Uridu ah atahaddatha ila al-Ikhwan' (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini;
"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur,"
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. la meliputi akal dan jiwa, roh dan jasad. la bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. la terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. la terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya.
Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus daripada amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Pemimpin PAS diharap dapat mempertahankan parti Islam itu daripada dijangkiti penyakit yang membawa masalah kepada Umno
Tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?
Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. la sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.
Kata Abul Hasan lagi: "Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu daripada matlamat mereka, Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua daripada tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semula jadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya".
Katanya juga: "Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti daripada dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jemaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.
"Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah -, daripada segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.
"Daripada kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya daripada ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasih kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
"Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah-tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya."
"Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.
"Semua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah." Itu sebahagian nasihatnya.
Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini, Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w. hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?