Khamis, Februari 05, 2009

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR'AN (SIRI AKHIR - 5)

zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments


KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1. Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membetulkan bacaan anda jika salah.

2. Hafalkanlah setiap hari sebanyak dua muka surat, satu muka surat selepas subuh dan satu muka surat selepas Asar atau Maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan mampu menghafal al-Qur’an secara mutqin dalam tempoh waktu setahun, akan tetapi jika anda memperbanyak jumlah hafalan setiap hari, maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang terlupa.

3. Hafalkanlah mulai dari surah an-Nas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al Qur an), kerana hal itu lebih mudah.

4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu yang baik dalam cetakan mahupun bentuknya, agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5. Sesiapa yang menghafal al-Qur’an, kebiasaannya dalam tempuh dua tahun pertama akan mudah hilang apa yang telah dihafal. Tempuh ini disebut masa ‘tajmi’ pengumpulan hafalan). Oleh kerana itu, jangan bersedih karena sukarnya mengulang atau banyak kekeliruan dalam hafalan. Ini merupakan masa cubaan bagi para penghafal al-Qur’an. Ini adalah masa syaitan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan daripada menghafal. Justeru jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, kerana menghafal al-Qur’an merupakan harta yang sangat berharga dan tidak dianugerahi kecuali kepada orang yang dikaruniai Allah S.W.T. Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya serta mencontohi sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal 'alamin.

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia - Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR'AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print

ArabMykrk.com