Khamis, Januari 29, 2009

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR'AN (SIRI 3)

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR'AN SELAMA SETAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama setahun, jadikanlah al-Qur'an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat. Itulah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semasa hidupnya, baginda membahagi al-Qur'an menjadi tujuh bahagian.Pada setiap hari baginda mengulang setiap bagian tersebut, sehingga menjadi kebiasaan baginda mengkhatamkan al-Qur'an setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata; "aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w bagaimana cara mereka membahagi al-Qur'an untuk dijadikan wirid harian?" Mereka menjawab: "Kami kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufashal dari surat Qaaf hingga khatam ( al-Qur'an)". (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagi wiridnya sebagai berikut:

- Hari pertama: membaca surah "al-Fatihah" hingga akhir surah "an-Nisa".

- Hari kedua: dari surah "al-Ma'idah" hingga akhir surah "at-Taubah".

- Hari ketiga: dari surah "Yunus" hingga akhir surah "an-Nahl".

- Hari keempat: dari surah "al-Isra'" hingga akhir surah "al-Furqan".

- Hari kelima: dari surah "asy-Syu'ara'" hingga akhir surah "Yasin".

- Hari keenam: dari surah "ash-=Shaffat" hingga akhir surah "al-Hujurat".

- Hari ketujuh: dari surah "Qaaf" hingga akhir surah "an-Naas".

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: " Fami bisyauqin ( فـَـمِي بـِــشـَــوْقٍ ) ", dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surah yang dijadikan wirid Nabi s.a.w. pada setiap hari.

Maka:

- huruf "fa / ف" symbol dari surah "al-Fatihah", sebagai awal wirid beliau hari pertama.

- huruf "mim /م" symbol dari surah "al-Ma'idah", sebagai awal wirid beliau hari kedua.

- huruf "ya /ي" symbol dari surah "Yunus", sebagai wirid beliau hari ketiga.

- huruf "ba /ب" symbol dari surah "Bani Israil (nama lain dari surat al-Isra')" sebagai wirid beliau hari keempat.

- huruf "syin /ش" symbol dari surah "asy-Syu'ara'", sebagai awal wirid beliau hari kelima.

- huruf "wau /و" symbol dari surah "was-Shafaat", sebagai awal wirid beliau hari keenam.

- huruf "qaaf /ق" symbol dari surah "Qaaf", sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surah "an-Nas".

Pembagian hizib yang ada pada al-Qur'an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR'AN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia - Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR'AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print

ArabMykrk.com